Search


Takut nampak 'gemuk kaki'.. 'gemuk tangan'.....

  • Share this:


Takut nampak 'gemuk kaki'.. 'gemuk tangan'.. 'kembung pipi' ketika hamil? buat tips ni... insyaAllah ok =)

Lebih 50% wanita berdepan saiz kaki bengkak luar biasa ketika hamil. Mommies macam mana? bengkak tak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki... kita panggil Edema.

Kenapa buku lali dan tapak kaki bengkak ketika hamil?
Badan seorang wanita menyimpan lebih banyak air ketika hamil berbanding sebelumnya.

Terlalu lama berdiri... terlalu lama berjalan... dan terlalu lama menggantung kaki juga antara sebab kaki ibu hamil 'comel' luar biasa...

Sometimes, bengkak pada kaki ni akan lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sikit pada keesokan hari selepas rehat dan tidur sepanjang malam.

Pada 3rd trimester, tangan ibu hamil juga mungkin bengkak sampai nak pakai cincin pun tak boleh, sebab ketat. huhu..

Bahaya atau tak edema masa hamil ni?
Actually edema masa hamil perkara biasa. Tapi kalau bengkak tu terlampau teruk jumpalah doktor.

Bagaimana nak kurangkan bengkak kaki ni?
Banyakkan rehat dan jangan terlalu lama berdiri dan menyilang kaki ketika duduk.

Selain tu ada tak tips lain? Ada... lakukan :
1. Bersenam
2. Berenang
3. Mengurut

Ketiga tiga aktiviti ni bukan saja boleh menyusutkan bengkak, malah membuatkan ibu hamil bertenaga dan ceria. Elakkan terlalu lama duduk, sesekali bangun dan berjalan, urut urut sedikit pergelangan tangan dan tapak tangan anda untuk membantu melancarkan perjalanan darah.

Minta suami urut bahagian belakang, pinggang, bahu dan pergelangan kaki. Ia akan membuatkan anda lebih selesa dan tidur nyenyak. Jangan terlalu kuat, cukuplah sekadar mengurangkan lenguh badan. (lebih detail di dalam buku 9 bulan 10 hari)

Walaupun keadaan mempunyai saiz kaki luar biasa bengkak ini tak selesa, ketahuilah ini hanya sementara saja, sama seperti simptom simptom kehamilan yang lain. Maknanya 'kegemukan' ini tak akan kekal selepas bersalin nanti =)

Like page 9bulan10hari untuk peroleh lagi ilmu kehamilan & kelahiran...
Share dan tag info ini jika anda sayangkan ibu hamil lain =)

Jadikan buku 9bulan10hari sebagai sahabat.. pendengar & peneman setia anda sepanjang kehamilan & kelahiran..
Bacalah kata katanya ketika anda down..
Coret diatasnya moment moment indah anda..
Anda pasti akan lebih happy melalui setiap saat bergelar ibu & ayah.. =)

====================================================
Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja!
Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari.
====================================================


Tags:

About author
not provided
Content yang unik dikompilasi khas daripada ramai pakar untuk menjadikan pengalaman wanita hamil, melahirkan yakin dengan ilmu sahih dari 9bulan10hari !
View all posts